
Berdasarkan laporan Metro United Kingdom, sebanyak 600 tiket perjalanan ke angkasa lepas telah habis dijual, yang telah diumumkan semalam.
Perjalanan itu bakal menggunakan kapsul serba mewah yang ditawarkan oleh Space Perspective dengan harga jualan pada AS$125,000, bersamaan RM528,687.
Setiap kapsul bakal dilengakapi dengan sambungan WiFi untuk memudahkan pelancong melayari internet. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan ‘ruang rehat angkasa’ untuk memesan sebarang minuman.
Pakej pelancongan dijadualkan akan berlangsung pada 2024. Dan perjalanan yang bermula dari bumi itu bakal melibatkan jarak sejauh 32.3 kilometer untuk sampai ke pinggir angkasa lepas.
Manakala, jarak perjalanan yang ditawarkan boleh dikatakan agak dekat berbanding dengan syarikat lain, seperti Virgin Galactic dan Blue Origin, dengan masing-masing sejauh 80.5 kilometer dan 99.8 kilometer.
Kredit foto: Getty Images