Pemuda Ini Tawar Sayuran Organik Atas Bumbung Pasaraya

Sayur-sayuran merupakan antara elemen penting untuk kekal sihat. Sayur juga merupakan makanan yang perlu ada dalam diet seharian, untuk membantu tubuh badan kita mendapatkan nutrisi yang berkhasiat.

Namun, bekalan sayur sayuran sebenarnya sukar untuk diperolehi terutamanya jika berada di bandar besar seperti Kuala Lumpur.

Selain itu, penggunaan racun serangga, dan masalah logistik antara yang selalu dikaitkan dengan sayur-sayuran. Penggunaan racun serangga mampu menimbulkan pelbagai penyakit kepada pengguna. Manakala, masalah logistik pula mengambil masa sehingga tiga ke lima hari sehingga mampu menghilangkan nutrisi sebanyak 50 peratus.

Isu-isu berbangkit diatas menimbulkan kesedaran seorang pemuda, yang bernama Emil Jihad diaman, yang mengambil inisiatif untuk membuka sebuah perniagaan organik di Kuala Lumpur.

Perniagaannya dinamakan Fresh Growcer, menawarkan jualan sayur-sayuran tanpa menggunakan racun serangga perosak. Uniknya, perniagaannya juga menawarkan peluang untuk pelanggan datang dan memetik sendiri sayuran yang disukai mereka.

Katanya, pelanggan berpeluang untuk melihat dengan sendiri bagaimana proses penanaman mereka, dan memberi jaminan tidak akan berlaku sebarang kehilangan nutrisi.

Perniagaan yang unik itu mula beroperasi sejak Mac lalu, dan mengamalkan konsep ‘green and sustainable farming’. Konsep itu bertujuan bagi membawa biodiversiti ke arah lebih tinggi antara alam semulajadi dan alam sekitar.

Selain itu, peniagaannya itu dibuka di atas bumbung di pusat membeli belah One Utama di Petaling Jaya, dan mampu memberikan pengalaman menarik kepada pengunjung. Lokasinya yang terletak di atas bumbung mampu membekalkan banyak sumber cahaya matahari dan bertepatan dengan keperluan untuk penamaman sayur-sayuran.

Menurut Emil lagi, pelbagai jenis sayur-sayuran ditawarkan seperi sawi, salad, arugula, kale, cili api, ketumbar, daun bawang dan banyak lagi.

Sumber: mStar dan Fresh Growcer

Leave a Reply

Your email address will not be published.