
Pensyarah dan selebriti ustaz terkenal, Muhammad Haris atau lebih dikenali dengan PU Riz melancarkan Zikir, Selawat dan Pesanan khusus untuk sulungnya, Muhammad Bilal. Lagu ini ditujukan khas buat Bilal, dengan terdapat juga lirik ditujukan untuk dia.
Lagu ini dihasilkan dengan kolaborasi dengan penyanyi dan komponser, Fahimi Rahmat dan syarikat rakaman Faithful.
Dari segi pengambaran, ia dirakam dan dihasilkan sebelum Ramadan dan mengambil masa sebanyak 10 hari. Manakala, kos penerbitan pula ditanggung oleh PU Riz.
Katanya lagi, lagu itu mungkin tidak sempurna dari segi alunan zikir dan selawat, tetapi yang penting mesej yang hendak disampai diterima. Malah, dia juga mengalukan orang ramai untuk turut sama mengalunkan zikir dan selawatnya itu.
Sejak dilancarkan, video muzik itu berjaya meraih tontonan sebanyak hampir 4,000.
Kredit foto: Himpunan Cerita Lawak