
Pelakon dan usahawan berjaya, Nur Fazura sekali lagi dipuji warganet selepas viral sebuah video yang menunjukkan dia berbelanja beg tangan mewah untuk stafnya.
Fazura yang ditemani suaminya sanggup berbelanja puluhan ribu ringgit untuk membeli jenama beg Coach dan seterusnya mengedarkan untuk semua staf termasuk lelaki dan perempuan.
Warganet juga memuji tindakan Fazura itu yang menghargai staf serta akan terus menyokong artis itu.
Sebelum ini, jualan tudung artis itu berjaya meraih jualan sebanyak 80,000 helai dalam tempoh 2 jam jualan, yang mampu mencecah angka jualan sebanyak RM 2.16 juta.
Dan yang terbaru, koleksi Ramadannya semakin mendapat sambuatan hangat sehingga mampu menjual 200,000 helai. Malah, ia merupakan rekod jualan yang paling pantas yang dapat dicapai, iaitu jualan dalam tempoh sejam dengan jualan sebanyak RM5.4 juta.
Sumber: Kosmo dan Instagram Nur Fazura