Kelebihan-Kelebihan Allah Sembunyikan Malam Lailatul Qadar

Bulan ramadan merupakan bulan yang istimewa bagi para mukmin di serata dunia. Bulan ini juga terkenal dengan bulan amal ibadat, dimana para mukmin memanfaatkan sepenuhnya untuk beribadah dengan bersunguh-sungguh, demi mendapatkan ganjaran berlipat kali ganda.

Namun, sedar atau tidak, hanya berbaki beberapa hari lagi, bulan mulia ini bakal meninggalkan kita. Walaupun berbaki beberapa hari lagi, kita lebih digalakkan untuk meningkatkan amal ibadah, terutamanya di penghujung 10 malam terahir, kerana terdapat satu malam yang sangat instimewa, iaitu malam Lailatul Qadar. Berdasarkan firman Allah dalam surah al-Qadr, Lailatul Qadar adalah malam yang lebih baik dari seribu malam (atau bersamaan 83 tahun).

Tambahan lagi, pada malam yang istimewa ini, para malaikat akan membawa rahmat Allah bagi orang yang tertentu yang dapat bertemu dengannya. Malam teragung ini juga merupakan hadiah istimewa, yang Allah hadiahkan kepada umat nabi Muhammad.

Dari segi amalam pada sepuluh malam terakhir ini, kita digalakkan untuk memperbanyakkan sedekah, zikir, selawat, membaca al-Quran dan qiamullail dan solat secara berjemaah. Jika sebelum ini, amalan-amalan ini kurang kita lakukan, tetapi dengan tibanya sepuluh malam terakhir Ramadan, kita digalakkan untuk bersungguh-sungguh dalam mengerjakan amalan-amalan ini.

Pada malam Lailatul Qadar, kita digalakkan banyak membaca al-Quran.

Tetapi, ramai masih tertanya bilakah waktu malam teragung ini? Berdasarkan hadis Rasulullah, Lailatul Qadar merupakan satu malam ganjil pada 10 malam terakhir di bulan Ramadan. Selebihnya, hanya Allah yang mengetahui bilakah malam yang sebenarnya Lailatul Qadar.

Diantara sebab Allah menyembunyikan malam Lailatul Qadar adalah:

1. Sentiasa beribadah.

Amnya, Allah hanya berfirman bahawa terdapat malam Lailatul Qadar dalam sepuluh malam terakhir tanpa mengetahui bilakah waktu yang sebenarnya. Ini akan menjadikan kita untuk terus beribadat pada semua 10 malam itu dan tidak hanya fokus kepada 1 malam saja.

2. Kehebatan Allah

Berdasarkan firman Allah dalam surah al-Baqarah dan bermaksud, sesungguhnya Allah mengetahui segala yang diciptakannya termasuklah malam teragung ini. Ini jelas menunjukkan kehebatan Allah dalam mengetahui perkara yang kita tidak ketahui.

3. Digandakan pahala

Bayangkan jika kita mengetahui bila malam Lailatul Qadar, sudah semestinya kita mengabaikan malam yang lain. Tetapi, dengan tersembunyi malam istimewa ini, kita masih dapat pahala yang berganda, selain malam Lailatul Qadar.

Sebagai penutup, semoga kita sama-sama beribadat pada 10 malam terakhir ramadan dan dapat bertemu malam Lailatul Qadar.

Sumber: mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published.